BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Pages

Thursday, April 1, 2010

JOM... FIKIR SEJENAK....


Assalamualaikum..

Kami rasa ramai yg ade pengalaman ni..tapi ada soalan jugak, kenapa perlunya kapel waktu belajar?


Sayang menyayangi adalah fitrah manusia. Apakah fitrah itu? jawapan mudah ialah, manusia mempunyai nafsu. bagi kami mcmni, cube elakkan sebab bila berkapel ni banyak sngt -ve compared to +ve.memang tak dinafikan ada yg betul2 gunakan sebab berkapel utk tujuan +ve, tetapi menurut kajian kami ramai yang guna utk tujuan -ve.antara sebabnya:

1. Mesti selalu gayut (buang duit)
2. Bergayut je tak puas ati, mesti selalu nk jumpe (buang masa + duit)
3. Bile dh jumpe kerap2, mula le nak lebih2 (buang adat dan agama)
4. Bile dh lebih2 akhirnya (buang anak)

Sebab: bila berdua2an..pastinya ada yg ke3 datang menghasut iaitu iblis.

Bukti:
Dah banyak kita dengar pelajar tak kira sekolah,kolej mahupun u mengandung luar nikah dan buang anak. Penyelesaian kahwin, sebab bila anda berani utk memiliki cintanya, anda harus berani menghadapi segalanya bersama.so, buat perancangan yg elok dan miliknya secara yg elok (kahwin). Bagi lelaki, tunjukkan yg anda benar2 sayang kepadanya dan sanggup bersusah payah demi untuknya, anda sanggup mengambil amanah sebagai suami walaupun dalam masa yg sama anda bersusah payah dengan pelajaran (ramai teman2 kami yg kawin semasa belajar dan mereka berjaya).

Pelajar ipt juga remaja yang sudah mula memahami mengenai cinta dan tidak dinafikan peringkat usia ketika di ipt itu adalah waktu untuk mereka mengenali bakal pasangan.“justeru, masyarakat perlu memahami bahawa cinta itu juga satu keutamaan dalam hidup. Apa yang penting, masyarakat khususnya ibu bapa tidak memandang serong kehendak mereka itu, sebaliknya cuba memahami jiwa muda dan berikan panduan terbaik.hakikatnya, perasaan cinta sememangnya tidak dapat dielakkan dan tidak wajar menyalahkan pelajar 100 peratus. Sebagai remaja mereka tidak dapat mengelakkan diri daripada mengalami keadaan seperti itu. Terpisah daripada keluarga buat seketika mungkin membuatkan jiwa mereka kosong dan memerlukan pasangan yang sesuai untuk berkongsi segala masalah dan bertukar-tukar pendapat.

Mahasiswa dan mahasiswi tunggak kemajuan negara. Mereka bertanggungjawab menentukan hala tuju negara pada masa hadapan yang lebih mencabar.

0 comments: