BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Pages

Thursday, April 8, 2010

HoLaaaa..........


Nie la aqu (tomei kan kan....hehehe prasan skit jek la)...Full name aq NURULHUDHA ROSLAN..Ank sulung dr 6 bradik..can call me Nurul... Aq dilahirkan di KL & dibsrkan di PD....Nape aq amek MISI???... sbb kerjaya & ms dpn (demi mereka - triple Z)... Aq sorg yg hapy go lucky & prinsip aq easy.........." Just go with d flow " sbb aq tau ape yg aq bt....

THE MEMBER OF MYOMIA GROUP...


ohlala...

nama noorhazah bt abd jalil. dilahirkan pada 21 oct 1989 di sibu sarawak (tua satu hari je dr salwa). dibesarkan dimerata tempat kerana bapaku seorang perwira negara.. cewah..... hobi ku mcm korang tak tawu plak... men game sampai sanggup beli cd game... bnyk kat umah tu.. kalo nak pinjam bak rm10 untuk 1 hari.. lepas modal aku beli cd... ('',) dah la pnt aku dok taip berjela2.. mata ni da nak terpejam je... sambung len kali je... daaaaaaaaaa............... c ya.....


nama nurul nabila balqish bt mohd ghazali. dilahirkan pada 16 ogos 1989 di atas katil... hobi macam yang korang tawu la berjalan... berjalan dan berjalan dan akhirnye berlari... =) seorang yang xkisah la owang nak wat ape pun kat aku,,, yang penting aku tetap aku dan x gngu hdp owang len....

ok... thats all about me....


yo whats up.. =)

Name siti salwa bte md saad... leh pggl salwa @ wawa je.. anak last dr 3 org adik badik... semua puteri... hehehe... lahir pd 22 0ct 1989. anak jati muo beb.. haha. hobi karaoke.... mcm biase dangdut ar... love my pillow, sibling, parent, best buddy n the last one is camera.. seorang yg gile2 but panas baran tp masih leh kwl lg. ehm tu je lah...

k salam ukhwah dr aku... =)



assalamuaaikum.

nama saye siti farhazlin bt md hamdan.. saya dilahirkan di muar johor. saya dilahirkan pada 3 hb oktober 1989. hobi saye suke baca novel... wat masa ni da banyak jgk la koleksi novel yang telah saye kumpul... kalo nak pinjam gtawu la... saye seorang yang pendiam jgk la... ramai igt sy sombong... tp kalo da start borak lu ok la,,, hehehe...

rasenye tu je la yang dpt diceritakan.... =)


salam,,,

nama saye suhaila bte sapar. Family panggil ella n kawan2 plak panggil kak su @ su..

tinggal kat segamat kat area chaah. lahir pada 8 september 1987 . jgn lupe bg hadiah... =) .hobi ala2 pompuan la,,,, memasak n mengemas... nak rase meh dtg umah... hahaha. tak suke owang yg hipokrit... k la... nak tawu lbh lanjut tnye2 la sendri tuan pnye bdn...

k babai....

Tuesday, April 6, 2010

BUAT SAHABAT KU YANG TERSAYANG


Rasulullah Saw berwasiat agar aku menyayangi mu sebagaimana aku menyayangi diri ku sendiri, malah tidak akan sempurna iman ku jika aku tidak mencintai mu..

tapi ingat.. cinta ku adalah seiring cinta mu kepada agama (Allah), dan jika kau meninggalkan agamamu, maka aku jua akan meninggalkan mu...

semoga Allah sentiasa membimbing kita menuju jalan pulang ~



Thursday, April 1, 2010

JOM... FIKIR SEJENAK....


Assalamualaikum..

Kami rasa ramai yg ade pengalaman ni..tapi ada soalan jugak, kenapa perlunya kapel waktu belajar?


Sayang menyayangi adalah fitrah manusia. Apakah fitrah itu? jawapan mudah ialah, manusia mempunyai nafsu. bagi kami mcmni, cube elakkan sebab bila berkapel ni banyak sngt -ve compared to +ve.memang tak dinafikan ada yg betul2 gunakan sebab berkapel utk tujuan +ve, tetapi menurut kajian kami ramai yang guna utk tujuan -ve.antara sebabnya:

1. Mesti selalu gayut (buang duit)
2. Bergayut je tak puas ati, mesti selalu nk jumpe (buang masa + duit)
3. Bile dh jumpe kerap2, mula le nak lebih2 (buang adat dan agama)
4. Bile dh lebih2 akhirnya (buang anak)

Sebab: bila berdua2an..pastinya ada yg ke3 datang menghasut iaitu iblis.

Bukti:
Dah banyak kita dengar pelajar tak kira sekolah,kolej mahupun u mengandung luar nikah dan buang anak. Penyelesaian kahwin, sebab bila anda berani utk memiliki cintanya, anda harus berani menghadapi segalanya bersama.so, buat perancangan yg elok dan miliknya secara yg elok (kahwin). Bagi lelaki, tunjukkan yg anda benar2 sayang kepadanya dan sanggup bersusah payah demi untuknya, anda sanggup mengambil amanah sebagai suami walaupun dalam masa yg sama anda bersusah payah dengan pelajaran (ramai teman2 kami yg kawin semasa belajar dan mereka berjaya).

Pelajar ipt juga remaja yang sudah mula memahami mengenai cinta dan tidak dinafikan peringkat usia ketika di ipt itu adalah waktu untuk mereka mengenali bakal pasangan.“justeru, masyarakat perlu memahami bahawa cinta itu juga satu keutamaan dalam hidup. Apa yang penting, masyarakat khususnya ibu bapa tidak memandang serong kehendak mereka itu, sebaliknya cuba memahami jiwa muda dan berikan panduan terbaik.hakikatnya, perasaan cinta sememangnya tidak dapat dielakkan dan tidak wajar menyalahkan pelajar 100 peratus. Sebagai remaja mereka tidak dapat mengelakkan diri daripada mengalami keadaan seperti itu. Terpisah daripada keluarga buat seketika mungkin membuatkan jiwa mereka kosong dan memerlukan pasangan yang sesuai untuk berkongsi segala masalah dan bertukar-tukar pendapat.

Mahasiswa dan mahasiswi tunggak kemajuan negara. Mereka bertanggungjawab menentukan hala tuju negara pada masa hadapan yang lebih mencabar.

HIMPUNAN MADAH-MADAH CINTA..... =)

1. Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada di sisi kita.


2. Tuhan memberikan kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah Cinta

3. Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mahu mencuba.

4. Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi, jika kamu masih tidak dapat melupakannya.

5. Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan, walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan Kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan.

6. Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya. Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan di benakmu itu sekarang selagi ada hayatnya. INGAT CERITA “LOVE IS CINTA!”

7. Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurnia tersebut.

8. Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu menjadi emas, keruh menjadi hening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat dan kemarahan menjadi rahmat.

9. Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya.

10. Seandainya kamu ingin mencintai atau memiliki hati seorang gadis, ibaratkanlah seperti menyunting sekuntum mawar merah. Kadangkala kamu mencium harum mawar tersebut, tetapi kadangkala kamu terasa bisa duri mawar itu menusuk jari.

11. Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat berarti bagimu, hanya untuk mengetahui baahwa pada akhirnya menjadi tidak bererti dan kamu harus membiarkannya pergi.

12. Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati, sehingga kamu kehilangannya. Pada saat itu, tiada guna penyesalan kerana perginya tanpa berkata lagi.

13. Cintailah seseorang itu atas dasar siapa dia sekarang dan bukan siapa dia sebelumnya.

14. Kisah silam tidak perlu diungkit lagi, kiranya kamu benar-benar mencintainya setulus hati

15. Hati-hati dengan cinta, kerana cinta juga dapat membuat orang sihat menjadi sakit, orang gemuk menjadi kurus, orang normal menjadi gila, orang kaya menjadi miskin, raja menjadi budak, jika cintanya itu disambut oleh para pecinta PALSU.

16. Kemungkinan apa yang kamu sayangi atau cintai tersimpan keburukan di dalamnya dan kemungkinan apa yang kamu benci tersimpan kebaikan di dalamnya.

17. Cinta kepada harta ertinya bakhil, cinta kepada perempuan ertinya alam, cinta kepada diri ertinya bijaksana, cinta kepada mati ertinya hidup dan cinta kepada Tuhan ertinya Takwa.

18. Lemparkan seorang yang bahagia dalam percintaan ke dalam laut, pasti ia akan membawa seekor ikan. Lemparkan pula seorang yang gagal dalam bercinta ke dalam gudang roti, pasti ia akan mati kelaparan.

19. Seandainya kamu dapat berbicara dalam semua bahasa manusia dan alam, tetapi tidak mempunyai perasaan cinta dan kasih, dirimu tak ubah seperti gong yang bergaung atau sekedar canang yang gemericing.

20. Cinta adalah keabadian … dan kenangan adalah hal terindah yang pernah dimiliki. Tetapi jika ianya pahit, lupakanlah segera!!

21.Siapapun pandai menghayati cinta, tapi tak seorangpun pandai menilai cinta kerana cinta bukanlah suatu objek yang bisa dilihat oleh mata kasar, sebaliknya cinta hanya dapat dirasakan melalui hati dan perasaan.

22. Cinta mampu melunakkan besi, menghancurkan batu, membangkitkan yang mati dan meniupkan kehidupan padanya serta membuat budak menjadi pemimpin. Inilah dahsyatnya cinta.

23. Cinta sebenarnya adalah membiarkan orang yang kamu cintai menjadi dirinya sendiri dan tidak mengubahnya menjadi gambaran yang kamu inginkan. Jika tidak, kamu hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kamu temui didalam dirinya.

24. Kamu tidak akan pernah tahu bila kamu akan jatuh cinta. Namun apabila sampai saatnya itu, raihlah dengan kedua tanganmu dan jangan biarkan dia pergi dengan sejuta rasa tanda tanya dihatinya.

25. Cinta bukanlah kata murah dan lumrah dituturkan dari mulut ke mulut tetapi cinta adalah anugerah Tuhan yang indah dan suci jika manusia dapat menilai kesuciannya.

26. Bercinta memang mudah, untuk dicintai juga memang mudah. Tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai itulah yang sukar diperoleh.

27. Jika saja kehadiran cinta sekedar untuk mengecewakan, lebih baik cinta itu tak pernah hadir.